Set Bersalin Spa & Ma


Set Bersalin Spa & Ma
Harga : RM320.00

Poslaju Percuma Pembelian Lebih RM100
Penghantaran 1-3 Hari Berkerja Semenanjung, Sabah & Sarawak
Penghantaran Cepat, Selamat, Rahsia, Dijamin Sampai


Info Produk

Set Bersalin Spa & Ma

Set Bersalin Spa & Ma keluaran Beauty Garden membantu kaum ibu mendapatkan rawatan yang mudah dan ringkas sepanjang tempoh berpantang. Selain bertindak mengembalikan tenaga dan tahap kesihatan yang optima, Set Bersalin Spa & Ma juga membantu memudahkan kaum ibu menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal yang dialami selepas melahirkan cahaya mata.

Kandungan Set Bersalin Spa & Ma

-Feminine Cleanser (100ml)
-Extra Virgin Coconut Oil (130ml)
-Shape-Up Lotion (150ml)
-Lulur Frangipani (250g)
-Herba Mandian Spa (10 sachet)
-Gamat Emulsion (245ml)
-Minyak Seri Herba (50ml)
-Jamu Ratu Dara (60 biji)
-Tungku Herba (200g)
-Pilis Herba (50g)
-Bengkung Ratu (Free Size)
-Buku Panduan Spa & Ma

Kebaikan Set Bersalin Spa & Ma

Mengembalikan tenaga ibu dalam pantang
Mempercepatkan pemulihan
Memelihara dan mengecutkan semula bahagian rahim
Menguatkan otot yang lemah akibat hamil dan bersalin
Mengatasi masalah angin dalam badan
Mengurangkan kesan regangan dan selulit
Membantu mengempiskan perut selepas bersalin
Mengembalikan bentuk tubuh yang ideal
Membantu menyingkirkan toksin dan darah kotor
Menghilangkan sengal tulang, kebas dan bisa pada tubuh badan
Meredakan ketegangan otot dan urat
Membantu memelihara saluran peranakan
Memelihara kehalusan dan kecantikan kulit
Menghangatkan dan menyegarkan tubuh badan ibu
Melindungi tubuh badan daripada jangkitan kuman dan penyakit

Cara Penggunaan Set Bersalin Spa & Ma

Feminine Cleanser

-Sapukan cecair Feminine Cleanser pada bahagian intim dan gosok secara perlahan-lahan.
-Bilas sehingga bersih.
-Sesuai untuk digunakan ketika mandi.

Extra Virgin Coconut Oil

1.Minum 1 sudu Extra Virgin Coconut Oil sebanyak 1-2 kali setiap hari.
2.Sesuai untuk diamalkan bermula 6 bulan usia kandungan.

Shape-Up Lotion

1.Sapukan Shape-Up Lotion pada bahagian yang dikehendaki seperti perut, lengan dan paha.
2.Urut perlahan-lahan selama 2-3 minit.
3.Boleh digunakan sekerap mungkin terutamanya sebelum waktu tidur.

Lulur Frangipani

1.Basahkan badan dengan air dan gosokkan Lulur Frangipani ke seluruh bahagian tubuh.
2.Bilas sehingga bersih.
3.Kemudian, mandi seperti biasa.

Herba Mandian Spa

1.Masukkan 1 uncang Herba Mandian Spa ke dalam air (bersamaan 3 gayung).
2.Rebus selama 15-30 minit sehingga mendidih dan mengeluarkan aroma yang mengharumkan.
3.Campurkan air rebusan tadi bersama air biasa sehingga mencapai suhu yang diingini.
4.Jirus ke seluruh badan secara perlahan-lahan agair ia dapat meresap ke seluruh bahagian tubuh.
5.Keringkan uncang yang telah digunakan untuk penggunaan selanjutnya.

Gamat Emulsion

1.Ambil 1 sudu besar Gamat Emulsion sebanyak 2 kali sehari.

Minyak Seri Herba

1.Titiskan Minyak Seri Herba pada tapak tangan.
2.Sapukan pada bahagian yang dikehendaki.
3.Urut secara perlahan-lahan.

Jamu Ratu Dara

1.Ambil 1-2 biji kapsul Jamu Ratu Dara.
2.Amalkan sebanyak 2 kali sehari selepas waktu makan
Tungku Herba -Basahkan tungku dengan sedikit air sehingga ia lembap.
-Panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.
-Lapiskan dengan satu lapis kain dan tuam pada bahagian yang bermasalah.
-Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.
-Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.

Pilis Herba

1.Ambil sedikit Pilis Herba dan sapukan pada bahagian dahi.

Bengkung Ratu

1.Lipat kain bengkung bermula dari bahagian kiri ke kanan.
2.Lipat kain bengkung dari bahagian kanan ke kiri.
3.Masukkan tali di bahagian kiri bengkung ke lubang jahitan di bahagian kanan dari bawah.
4.Selepas itu masukkan pula tali di bahagian kanan ke bahagian kiri bengkung berselang-seli sehingga sampai ke lubang yang terakhir yang berada di paras bawah dada.
5.Setelah sampai ke paras lubang yang terakhir, lilitkan ke lebihan kedua-dua tali tadi ke belakang dengan cara bersilang.
6.Lilit sehingga simpulan yang terakhir berada di bahagian hadapan dan anda kini siap berbengkung.

Soalan Lazim Berkenaan Set Bersalin Spa & Ma

Apakah keistimewaan Spa & Ma Maternity Set berbanding set bersalin yang lain di pasaran?

Keistimewaan Spa & Ma Maternity Set berbanding dengan set bersalin lain di pasaran ialah Spa & Ma Maternity Set sangat praktikal kerana setiap set didatangkan dengan 11 produk yang terbaik dan terpilih sahaja. Spa & Ma Maternity Set ini juga sesuai digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal atau secara pembedahan. Ia bertindak menyeluruh dalam memastikan para ibu mendapat penjagaan dan belain yang sempurna dari segi kesihatan dalaman dan kecantikan luaran malah ianya ringkas dan mudah terutama untuk ibu moden bagi melalui pengalaman tempoh berpantang umpama di spa. Spa & Ma Maternity ini adalah produk keluaran Bumiputera yang mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Paling penting ianya terbukti bersih dan halal.

Apakah kebaikan jamu untuk orang yang sedang berpantang?

Jamu Ratu Dara dapat mengembalikan tenaga, menegangkan kembali otot-otot dalaman, menyembuh luka bersalin, memulihkan dalaman dan menyempitkan lagi faraj dan boleh mengecutkan rahim. Bagi ibu yang baru melahirkan anak sama ada secara normal atau pembedahan boleh mengambil Jamu Ratu Dara pada hari ke-20 dalam pantang.

Bolehkah mereka yang bersalin secara caesarean mengamalkan Spa & Ma?

Boleh. Bagi ibu yang bersalin secara caesarean boleh mengamalkan Spa & Ma Maternity Set tanpa sebarang keraguan.

BENGKUNG

Berapa lamakah tempoh untuk memakai bengkung?

Bengkung Ratu boleh mula dipakai pada hari ke-2 berpantang. Kami mengesyorkan anda untuk memakai Bengkung Ratu setiap hari sekurang-kurangnya 12 jam selama 44 hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Bentuk badan yang lebih langsing boleh diperolehi  dengan lebih cepat sekiranya anda konsisten dan memakainya dengan tempoh yang lebih lama.

Bolehkah memakai bengkung walaupun melahirkan secara caesarean?

Bagi ibu-ibu yang melahirkan cara caesarean, kami mengesyorkan pemakaian Bengkung Ratu dipakai selepas jahitan telah sembuh iaitu sekurang-kurangnya selepas 2 minggu.

Apakah kelebihan Bengkung Ratu berbanding bengkung lain?

Bengkung Ratu berbeza daripada bengkung lain kerana ia diperbuat daripada kain yang sangat berkualiti tinggi iaitu kain belacu. Pemilihan kain yang digunakan adalah tidak gatal, tidak memeri malah ianya juga tidak mengecut. Kain Bengkung Ratu ini amat senang untuk dicuci serta ianya adalah bengkung yang tahan lama dan boleh digunakan sehingga 10 – 15 tahun. Bengkung Ratu ini didatangkan dengan dua tali di sebelah bawah kanan dan kiri bengkung bagi memudahkan untuk dipakai sendiri tanpa bantuan orang lain.

HERBA MANDIAN SPA

Bagaimanakah cara yang betul untuk menggunakan Herba Mandian Spa?

Cara yang sesuai untuk menggunakan Herba Mandian Spa adalah dengan memasukkan  satu uncang Herba Mandian Spa ke dalam air. Rebuskan uncang sehingga mendidih dan campurkan air yang telah direbus bersama dengan air biasa sehingga mencapai suhu yang bersesuaian untuk mandi. Jiruskan air rebusan Herba Mandian Spa ke seluruh badan dari leher hingga ke bawah secara perlahan-lahan supaya air rebusan dapat meresap ke dalam tubuh.Kemudian keringkan uncang yang telah digunakan di tempat yang panas atau terbuka untuk pengunaan selanjutnya.

Adakah perlu menjirus air Herba Mandian Spa hingga ke kepala?

Tidak perlu. Elakkan menjirus air rebusan herba ke kepala dan rambut bagi mengelakkan sakit kepala dan keguguran rambut. Gunakan air biasa untuk menjirus bahagian kepala anda.

Bolehkah mereka yang tidak berpantang menggunakan Herba Mandian Spa?

Boleh. Sangat digalakkan. Ini kerana Herba Mandian Spa ini tidak hanya terhad kepada ibu yang sedang berpantang sahaja tetapi ianya juga boleh digunakan oleh sesiapa yang ingin mengembalikan tenaga di dalam badan yang kian lesu kerana aktiviti seharian.

FEMININE CLEANSER

Bagaimanakah cara penggunaan Feminine Cleanser?

Cara penggunaan Feminine Wash yang betul ialah dengan tuangkan cecair ke atas tapak tangan, sapu dan cuci Miss V sehingga diyakini bersih serta bilas dan keringkan dengan tuala bersih.

Bolehkah Feminine Wash ini digunakan dengan kerap?
Boleh. Feminine Wash ini boleh digunakan setiap kali anda mandi.

GAMAT EMULSION

Apakah kebaikan Gamat Emulsion kepada ibu yang berpantang?

Gamat Emulsion adalah satu antiseptik yang cukup terkenal dalam menyembuhkan luka. Gamat Emulsion ini amat penting dalam proses penyembuhan bagi ibu selepas bersalin. Hal ini kerana gamat mengandungi kandungan protein yang amat tinggi. Ia dapat membantu menyembuh luka-luka pembedahan dan memulihkan fungsi sistem peranakan, mengembalikan tenaga dan megelakkan keletihan, memperbaiki sel-sel yang rosak, melegakan lemah badan selepas bersalin serta dapat memperbaiki tekstur kulit supaya lebih licin.

Apakah keistimewaan Gamat Emulsion ini berbanding Jeli Gamat lain di pasaran?

Gamat Emulsion ini dihasilkan khas dalam tekstur yang tidak lagi berbau. Malah bagi mendorong anda untuk lebih cenderung mengamalkannya, kami datangkan Gamat Emulsion berperisa Oren. Ternyata ianya lebih sedap dan berkhasiat.

LULUR FRANGIPANI

Apakah keistimewaan Lulur Frangipani berbanding lulur lain?

Lulur Frangipani berbeza dengan lulur lain kerana Lulur Frangipani ini mempunyai tekstur yang lembut dan tidak terlalu kesat. Baunya yang harum dapat membangkitkan ketenangan dan keselesaan kepada pengguna. Lulur Frangipani ini juga mesra pengguna kerana ia didatangkan di dalam bentuk pes. Paling istimewa lulur Frangipani ini mengandungi Collagen, Garam Himalaya serta Glutathione yang dapat mengahalus dan menggebukan kulit.

Bagaimana cara untuk menggunakan Lulur Frangipani?

Gosokkan lulur secara merata ke bahagian tubuh, leher, dada, lengan hingga ke kaki. Seeloknya berikan perhatian pada bahagian tersorok kerana bahagian itu terdapat kekotoran dan sel kulit mati yang tebal. Setelah selesai, bilas tubuh dengan air sehingga bersih. Gunakan sebelum mandi.

 


*Disclaimer : keputusan pengunaan produk-produk mungkin berbeza pada setiap Individu tersebut.