Set Bersalin Jamu Mak Dara


Set Bersalin Jamu Mak Dara
Harga : RM200.00

Poslaju Percuma Pembelian Lebih RM100
Penghantaran 1-3 Hari Berkerja Semenanjung, Sabah & Sarawak
Penghantaran Cepat, Selamat, Rahsia, Dijamin Sampai


Info Produk

Set Bersalin Jamu Mak Dara

Set Bersalin Jamu Mak Dara dilengkapi dengan Tungku Kukus Beherba, Bengkung, Param Pilis, Minyak Telon, Jamu Mak Dara, Losyen Susut dan Bauan Herba yang dirumus menggunakan 100% herba asli khusus untuk merawat dan mengembalikan tenaga ibu selepas melahirkan anak.

Kandungan Set Bersalin Jamu Mak Dara:

-Bengkung (1 helai)
-Bauan Herba
-Losyen Susut Mak Dara (80 ml)
-Jamu Mak Dara Gold (60 biji) x 2
-Tungku Kukus Beherba (200 g)
-Minyak Telon (15 ml)
-Param Pilis Mak Dara (120 ml)

Produk-produk di dalam Set Bersalin Jamu Mak Dara mengandungi ramuan semulajadi yang merupakan amalan turun-temurun bagi membantu merawat ibu dalam pantang.

Di samping membantu mengembalikan tenaga ibu bersalin, amalan berpantang menggunakan Set Bersalin Jamu Mak Dara turut berupaya mengecut dan menguatkan otot rahim yang lemah akibat proses kehamilan dan melahirkan anak selain membantu mengembalikan kelangsingan tubuh ibu dalam pantang.

Ia turut berupaya menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada serangan penyakit seterusnya menjadikan tubuh ibu bersalin lebih segar dan bertenaga.

Kebaikan Set Bersalin Jamu Mak Dara

-Merawat kaum ibu selepas melahirkan anak
-Mengembalikan tenaga ibu bersalin
-Memepercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman
-Membuang angin dalam badan
-Meredakan kekejangan otot
-Mengembalikan kelangsingan tubuh
-Membantu mengecutkan dan menguatkan otot rahim
-Mengatasi keletihan dan kelesuan
-Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
-Menyegarkan tubuh badan
-Memelihara kehalusan kulit

Cara Penggunaan Set Bersalin Jamu Mak Dara

Bauan Herba

-Hidu Bauan Herba sebanyak 3 kali atau lebih.

Losyen Susut Mak Dara

1.Sapu losyen ini ke seluruh tubuh atau bahagian yang dikehendaki.
2.Urut perlahan-lahan sehingga ia meresap ke dalam kulit.
3.Boleh digunakan pada bila-bila masa.
4.Untuk kegunaan luaran sahaja.

Jamu Mak Dara Gold

1.Ambil 2 biji kapsul setiap hari pada waktu pagi dan petang.
2.Jauhkan daripaa kanak-kanak.
3.Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.
4.Produk ini merupakan persediaan herba. Dapatkan nasihat doktor jika penyakit berlarutan.

Tungku Kukus Beherba

-Basahkan tungku dengan sedikit air sehingga ia lembap.
-Panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.
-Lapiskan dengan satu lapis kain dan tuam pada bahagian yang bermasalah.
-Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.
-Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.

Minyak Telon

-Sapukan Minyak Telon pada dada, perut, pinggang, punggung dan tapak kaki bayi.
-Sesuai digunakan setiap kali selepas mandi.

Param Pilis Mak Dara

1.Sapu minyak Param Pilis Mak Dara ke seluruh tubuh atau bahagian yang dikehendaki.
2.Urut perlahan-lahan sehingga ia meresap ke dalam kulit.
3.Boleh digunakan pada bila-bila masa.
4.Untuk kegunaan luaran sahaja.

Bengkung

-Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.
-Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada.
-Pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas.
-Lilitkan tali mengikut lubang-lubangnya dan akhirkan lilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas.
-Anda disyorkan untuk memakai bengkung setiap pagi sejurus selepas mandi dan amalkannya setiap hari untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
-Digalakkan untuk memakai Losyen Susut Mak Dara dan Param Pilis untuk hasil yang optima.
 


*Disclaimer : keputusan pengunaan produk-produk mungkin berbeza pada setiap Individu tersebut.